Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Rabu

UNIT 5: AL-HAKIM ( ALLAH MAHA BIJAKSANA )


DEFINISI AL- HAKIM


§  Maksud Allah yang bersifat al-Hakim ialah Allah s.w.t. Maha bijaksana.
§  Kebijaksanaan Allah teserlah pada  segala ciptan-Nya yang beraneka rupa di alam semesta ini. 


TANDA / BUKTI ALLAH BERSIFAT AL-HAKIM ( Maha Bijaksana):



1.      Cap Jari manusia :

·         -Berbeza antara satu sama lain
·         -Tidak berubah/ kekal sepanjang hayat


2.      Pohon Hijau

·         -Daun hijau menjalankan proses fotosintesis dengan  menyerap air, cahaya matahari dan gas karbon dioksida & kemudian ia membebaskan gas oksigen yang digunakan oleh manusia untuk bernafas.

 
3.      Penciptaan Laut & Sungai


·         -Allah Mencipta air laut masin, pahit & air sungai tawar
·       -  Walaupun kedua air ini bertemu, air sungai tetap tawar, tidak dipengaruhi oleh kemasinan air laut.
·         -Antara laut & sungai, terdapat sempadan / pemisah yang menyekat percampuran kedua air ini .


KESAN BERIMAN DENGAN ALLAH YANG BERSIFAT AL-HAKIM


1.      Bijak membahagi masa & menggunakannya untuk perkara berfaedah
2.      Mengurus kerja mengikut keutamaan
3.      Menghargai setiap ciptaan & kurniaan Allah
4.      Menggunakan nikmat untuk mencari keredaan Allah


AMALAN YANG BERCANGGAH DENGAN KONSEP "AL-HAKIM "


§  Menyalahgunakan nikmat akal untuk melakukan kejahatan & maksiat
§  Memandang rendah orang yang berilmu pengetahuan
§  Malas berfikir & tidak berusaha membuat perubahan kearah kebajikan & kemajuan
§  Suka berkhayal & berangan-angan




0 ulasan:

Catat Ulasan